Kata Pengantar
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Selaga puji dan syukur Alhamdulillah kami panjatkan doa kepada Allah S.W.T. kerana atas rahmat-nya, maka niat kami hendak menubuhkan satu Persatuan iaitu: Berazam khidmat untuk manusia terkabul jua akhirnya.
AZAM adalah sebuah persatuan yang telah ditubuhkan pada 4 Nov. 2007 yang di usahakan oleh Puan Sarina Binti Haji Zakaria dengan usaha sendiri, dimana beliau teringin membantu dan menolong kepada orang-orang miskin dan kepada sesiapa yang memerlukan bantuan dan pertolongan dikalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Setiap manusia mempunyai masalah! ada masalah boleh kita berbincang dan ada yang tidak boleh untuk dibincang (Terutamanya masalah Perempuan)Perempuanlah yang sentiasa menjadi mangsa suami atau lelaki dan Kanak-Kanak sering kali menjadi mangsa culik, Dera, Rogol dan sebagainya.
Manakala negara-negara lain ramai kanak-kanak dan dewasa menjadi mangsa perang, kanak-kanak dan perempuan yang tidak berdosa dibunuh kejam dan ramai yang menjadi Pelarian meninggalkan negara asalnya kerana nyawa-nya terancam.
Oleh itu kami berazam untuk berkhidmat membantu dan menolong kepada yang memerlukan perkhidmatan kami untuk membantu mereka dan kami sentiasa sedia untuk mengambil aduan-aduan mereka dan membantu mereka.
Kami berharap semoga perkhidmatan kami ini akan memberi manfaat kepada semua pihak.
Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullah
Pengerusi Azam